Friday, June 29, 2007

Effective Microorganisms

KE ARAH PERTANIAN MESRA ALAM.......

Industri pertanian, perikanan dan peternakan negara makin kian membangun..pelbagai kemudahan yang disediakn oleh kerajaan dari dulu sampai sekarang namun dengan RMK-9 sektor ini terus maju berkembang pesat. Ramai usahawan tani dari golongan siswazah telah menunjukkan minat yang amat positif terhadap sektor ini.

Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.

Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah.

Bagi yang baru tentang EM....disini saya ingin berkongsi info tentang produk ini....

Apakah EM?

Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....Amat Menguntungkan!!!

Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?

Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
1. ASID LAKTIK BAKTERIA









Bentuk yang paling umum dari probiotik adalah produk penternakan dan makanan probiotik @ EM. Bagaimanapun juga, tablet dan kapsul berisikan bakteria dalam keadaan dibekukan juga dapat dihasilkan.

Beberapa probiotik umum meliputi berbagai spesies dari genera Bifidobacterium dan Lactobacillus seperti:

Bifidobacterium bifidum
Bifidobacterium breve
Bifidobacterium infantis
Lactobacillus casei
Lactobacillus plantarum; L. Casei; Streptococcus Lactis

LAB bertindak mengurai,mencerna,mengompos iaitu mengeluarkaan asid laktik, sekaligus menjadi pendinding atau penghalang kepada mikrobyang berbahaya seperli E . Coli dan Staphylococcus aureus.

2. YEAST @ RAGI









Saccharomyces boulardii
Saccharomyces cerevisiae
Saccharomyces Cerevisiae;
Candida Utilis (usually known as Toula, Pichia Jadinii).

Yis mengeluarkan hormon dan enzim sebagai bahan bioaktif.


3.
PHOTOTROPHIC BAKTERIA









Rhodopseudomonas Palustris; Rhodobacter Sphaeroides

Baktena Fototropic yang wujud dalam EM dapat berperanan menguraikan gas yang berbahaya
seperti ammonia dan hidrogen sulfat, lalu menukarkannya kepada gas-gas yang tidak berbahaya lagi tidak berbau.

4.
Actinomycetes:
Streptomyces Albus;
S. Griseus


5.Fermenting fungi:
Aspergillus oryzae;
Mucor Hiemalis

Bertindak sebagai agen penapaian dan menjaga jangkahayat proses campuran bakteria-bakteria lain
KEBAIKAN PENGGUNAAN EM


Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik


Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan


Produk yang mesra alam


Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman


Mudah digunakan


Menghilangkan bau ammonia


Megurangkan pembiakan lalat


Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)


Penghasilan baja organik atau kompos


PENGGUNAAN EM UNTUK…..

1. Semburan pada luar dan dalam reban (spraying within shed)

2. Air minuman (drinking water)

3. Makanan (feed)

4. Tempat pijak atau tempat tidur (animal bedding)

5. Rawatan kolam takungan najis
SEKTOR PERIKANAN, PERTANIAN, DAN PENTERNAKAN

TERNAKAN UNGGAS (ITIK, PUYUH, AYAM DAGING, AYAM TELUR)

Semburan( reban, habuk kayu, najis), makanan, minuman dan mandi. Semburan dan minuman pada ternakan unggas dapat mengekalkan persekitaran yang selamat kepada ternakan dari serangan penyakit berbahaya.




Masalah utama penternakan adalah tekanan/stress dari hasil buangan ternakan itu sendiri contohnya pada ayam pedaging yg mempunyai paras ammonia yang tinggi >20ppm.
Gas berbahaya ini menyumbang kpd pertumbuhan bakteria berbahaya spt e.coli,salmonella etc..dan juga masalah-masalah lain seperti bau busuk, lalat, Batuk(CRD), ceret beret(coccidiosis) yang akhirnya memberi kesan buruk kepada ternakan dan alam sekitar.
Penggunaan Probak EM ini secara berkala mampu menangani masalah ini.Persekitaran yang sihat akan mengurangkan tekanan/stress ternakan dan akhirnya akan meningkatkan hasil/mutu ternakan secara tidak langsung.

Cadangan penggunaan:

-Campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10hari.
-Campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10hari.
TERNAKAN RUMINAN SEPERTI KAMBING DAN LEMBU


Amat berkesan untuk ternakan ruminan seperti kambing kerana boleh menambah jumlah ‘bakteria baik’ dalam sistem penghadaman seterusnya dapat meningkatkan tumbesaran dan ketahanan terhadap penyakit.
Lebih effektif pada ternakan lembu bagi menambah ‘bakteria baik’ dalam usus untuk mempercepatkan proses pencernaan dan menambah selera makan ternakan. Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan ini akan menjimatkan makanan dan memendekkan masa ternakan.
Semburan pada najis lembu juga boleh menghasilkan baja organik yang berkualiti.





Cadangan penggunaan:

-Campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10hari.
-Campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10hari.
Sembur tempat/peralatan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ternakan
TERNAKAN IKAN ( PUYU, KELI, TILAPIA, KETUTU DAN UDANG GALAH DLL)

Kualiti air kolam atau akuarium dapat ditingkatkan dari serangan penyakit yang boleh mengancam ternakan akuatik dan meningkatkan tumbesaran ternakan.


Sila klik di sini.....



akuakultur komersial samaada indoor/outdoor sistem(kolam) bergantung pada jenis ikan. air mungkin bersih,kotor ataupun air bergaram.Faktor yang mungkin di ambil kira juga adalah kadar evaporative(pemeluapan).Kebanyakan masalah ternakan ikan adalah kepadatan(over density) dan menghasilkan ammonium nitrogen yang tinggi. Kadar sisa buangan meningkatkan(BOD) mikrobial aktiviti dan menurunkan kadar oksigen dalam tangki/kolam yang akan memberi kesan pada ternakan dan mungkin membunuhnya.

Cadangan penggunaan:

EM adalah pada kadar 1:7000-10000.
Isipadu air hendaklah dikira terlebih dahulu.
Sebelum dituang ke dalam kolam, EM mestilah dicairkan dengan air kolam tersebut( 1:19) barulah dituang kedalam kolam.Aplikasi bergantung pada sistem ternakan samaada air mengalir ataupun statik
PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN CENDAWAN

Tidak perlu lagi menggunakan racun-racun kimia yang berbahaya untuk kawalan penyakit sayuran, cukup dengan hanya menggunakan Effective Microorganism (Em) sebagai bahan yang lebih selamat dan mesra alam. Semburan pada tanah dapat menyuburkan tanah kerana EM menguraikan bahan-bahan organic dalam tanah. Kandungan N dapat ditingkatkan dengan kehadiran YIS dalam produk ini
Bagi sesebuah tanaman.keadaan ini dapat meningkatkan pengaktifan sel dan akar atau dengan kata lain menggalakkan tumbesaran tanaman. Selain daripada galakan tumbesaran tanaman, EM turut menggalakkan penghasilan dan keranuman Buah-buahan misalnya semakin cepat ranumdan semakin banyak. Keadaan ini dapat dicapai akibat kapasiti Fotosintesis yang ditingkatkan oleh penggunaan EM disamping peningkatan ketahanan daripada patogen, serangga dan penyakit.


Penggunaan Bio Teknologi EM dalam Cendawan telah diakui berkesan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebanggsaan (LPP) majalah peladang bil 12/2006 edisi DEC. Boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah Cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.

Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari

Cara penggunaan:
-Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500.
-Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
-Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.
-Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal