
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Kolam buatan, tasik dan air pancuran memang banyak dibina di taman-taman reakrasi sebagai daya penarik selain untuk menenangkan minda ianya juga dapat menaikkan nilai perniagaan. Kolam ini bagaimanapun akan membina ekosistemnya sendiri dan ianya dengan mudah keluar dari kstabilannya(balance). Jika air terbiar statik dalam jangkamasa yang lama, jentik-jentik akan mulai mendominasi, alga mula wujud dalam air dan bau yang tak menyenangkan akan terhasil seterusnya mulai busuk. Menambah pengudaraan(water circulate) boleh mengurangkan masalah ini namun ianya bergantung pada kualiti air tersebut, kalsium dan alga t
etap terbentuk.

Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
EM adalah lowcost teknologi yang bertindak dengan cepat, berkesan dan secara signifikan menjimatkan wang anda jika diberikan dengan aplikasi yang betul.