Thursday, July 4, 2013

SUMBER TAHI AYAM DARI REBAN TERTUTUP




Ada orang bertanya dari mana Nature Agro dapat material tahi ayam?
Tahi ayam yang diproses adalah hasil dari reban ayam sendiri dan juga dari reban ayam penternak lain.Kami hanya menggunakan tahi ayam yang berkualiti dari reban tertutup dan bukan reban ayam terbuka.Jadi, kontaminasi dari penyakit ataupun bahan-bahan cemar adalah terkawal.
Tahi ayam segar, 100% tahi ayam adalah dari reban sistem sangkar dimana tahi ayam dikeluarkan secara auto setiap hari.Di samping itu,  kami juga menggunakan tahi ayam dari sistem reban tertutup yang menggunakan habuk papan dengan mengawal kadar karbon iaitu kadar C:N yang sesuai.Pemprosesan aerobik menghasilkan baja kompos dan pemprosesan secara anaerobik menghasilkan baja peram berkualiti.Suhu yang tinggi juga menjamin tiada kontaminasi penyakit ataupun benih rumpai. Dengan kadar C:N dan PH yang sesuai baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman dengan selamat.
.

Monday, July 1, 2013