Wednesday, March 12, 2008

EM DALAM AKUAKULTUR DAN PURIFIKASI AIR

EM digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.

Sebahagian ciri-ciri PSBs:
a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)
b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.
c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.
d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).

Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.

Ciri-ciri lain:

a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannya
b) PSBs tidak beracun/bukan toksik.
c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.
d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.

Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.

Antaranya:

Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
memperbaiki turbiditI

Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda. KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI.

No comments: