Friday, September 12, 2008

Mudball senjata rahsia!!

Mudball adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, minerals dan semestinya gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes. Mudball diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air bertujuan memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur,logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.
Biarpun mudball banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora air.Dengan aplikasinya yang mudah, mudball amat sesuai dan praktikal sebagai stok yang patut anda ada bagi membantu menguruskan air anda.

No comments: