Friday, June 29, 2007

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN CENDAWAN

Tidak perlu lagi menggunakan racun-racun kimia yang berbahaya untuk kawalan penyakit sayuran, cukup dengan hanya menggunakan Effective Microorganism (Em) sebagai bahan yang lebih selamat dan mesra alam. Semburan pada tanah dapat menyuburkan tanah kerana EM menguraikan bahan-bahan organic dalam tanah. Kandungan N dapat ditingkatkan dengan kehadiran YIS dalam produk ini
Bagi sesebuah tanaman.keadaan ini dapat meningkatkan pengaktifan sel dan akar atau dengan kata lain menggalakkan tumbesaran tanaman. Selain daripada galakan tumbesaran tanaman, EM turut menggalakkan penghasilan dan keranuman Buah-buahan misalnya semakin cepat ranumdan semakin banyak. Keadaan ini dapat dicapai akibat kapasiti Fotosintesis yang ditingkatkan oleh penggunaan EM disamping peningkatan ketahanan daripada patogen, serangga dan penyakit.


Penggunaan Bio Teknologi EM dalam Cendawan telah diakui berkesan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebanggsaan (LPP) majalah peladang bil 12/2006 edisi DEC. Boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah Cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.

Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari

Cara penggunaan:
-Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500.
-Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
-Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.
-Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal





No comments: