Showing posts with label Ternakan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ternakan Ikan. Show all posts

Friday, September 12, 2008

Mudball senjata rahsia!!

Mudball adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, minerals dan semestinya gabungan bakteria berfaedah iaitu Laktik Asid bakteria, Fototropik bakteria, yis dan Antinomycetes. Mudball diformulakan untuk kesesuaian kes atau persekitaran iaitu mudah dilontar dan tenggelam di dalam air serta bertindak perlahan-lahan dari dasar air bertujuan memecahkan molekul-molekul organik seperti sisa-sisa sampah, lumpur,logam berat dan sebagainya. Dalam keadaan tertentu tindakbalas mudball adalah sangat cepat malah ia mampu bertahan selama sebulan.
Biarpun mudball banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora air.Dengan aplikasinya yang mudah, mudball amat sesuai dan praktikal sebagai stok yang patut anda ada bagi membantu menguruskan air anda.

Wednesday, March 12, 2008

EM DALAM AKUAKULTUR DAN PURIFIKASI AIR

EM digunakan dalam rawatan air dapat memperbaiki kualiti dan persekitaran air .Melalui proses penapaian (fermentation) ia akan mengikat nutrien dari diambil oleh species lain seperti algae contohnya,mengurangkan mendapan(sludge) dan ammonia, meningkatkan kebolehlarutan oksigen(DO) dan turbiditi.
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.

Sebahagian ciri-ciri PSBs:
a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)
b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.
c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.
d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).

Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.

Ciri-ciri lain:

a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannya
b) PSBs tidak beracun/bukan toksik.
c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.
d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.

Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.

Antaranya:

Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
memperbaiki turbiditI

Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda. KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI.

Friday, October 5, 2007

Probac-Em multipurpose solution for healthier life


Probac / biotik @ Effective Microorganisms (EM) ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.

Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.



Fungsi dan kebaikan Bakteria

  • Mengikat nitrogen di atmosfera.
  • Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
  • Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
  • Complexation of heavy metals to limit plant uptake
  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
  • Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah

Contoh: Kebaikan EM dalam bidang pertanian

  • Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
  • Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
  • Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
  • Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
  • Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
  • Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak
Berdasarkan kepada perkara-perkara diatas dan kesan kebaikan EM,hasil dan kualiti tanaman adalah bertambah baik.
EM bukan hanya untuk pertanian malahan lebih luas dari itu dan contoh diatas sekadar menyebutkan kebaikan EM dalam bidang pertanian.





EM CARTA APLIKASI


JENIS

KEKERAPAN

KADAR

Rawatan biji benih

Rendam sehari sebelum tanam

1:10000

Rawatan bau

2x seminggu

1:50

Rawatan tanah

4@8 rawatan setahun

5 gelen per ekar atau

465ml / 1000 kps 3

Semburan tanaman musim/tahunan (foliar spray)

Setiap 2@6 minggu

1:500-750

Semburan tanaman pokok

Setiap 2@6 minggu

1: 100 – 1: 250

Tanaman penutup bumi/turf

Sebelum tanaman

3 gelen se ekar atau

1:100

Rumah kaca/tanaman pasu(potting)

Tiap penyediaan

60ml/20kg tanah atau 1:250

Kompos

Semasa penyediaan

1.5 gelen/30kps3

Pad penyejukan(closed system)

Semasa penggunaan

1:1000

Semburan kandang/reban ternakan

setiap 7@10hari

1:50-100

Minuman ternakan ayam

setiap 7@10hari

1:200

Hidupan air/ikan (kolam)

Mingguan/Sepusingan

1:7000 -10000

Tanaman cendawan

Bancuhan media

1:500

Minuman ternakan kambing/lembu

setiap 7@10hari

1:200

Tanaman Cendawan

Semasa penyediaan

1:500

Friday, June 29, 2007

TERNAKAN IKAN ( PUYU, KELI, TILAPIA, KETUTU DAN UDANG GALAH DLL)

Kualiti air kolam atau akuarium dapat ditingkatkan dari serangan penyakit yang boleh mengancam ternakan akuatik dan meningkatkan tumbesaran ternakan.


Sila klik di sini.....



akuakultur komersial samaada indoor/outdoor sistem(kolam) bergantung pada jenis ikan. air mungkin bersih,kotor ataupun air bergaram.Faktor yang mungkin di ambil kira juga adalah kadar evaporative(pemeluapan).Kebanyakan masalah ternakan ikan adalah kepadatan(over density) dan menghasilkan ammonium nitrogen yang tinggi. Kadar sisa buangan meningkatkan(BOD) mikrobial aktiviti dan menurunkan kadar oksigen dalam tangki/kolam yang akan memberi kesan pada ternakan dan mungkin membunuhnya.

Cadangan penggunaan:

EM adalah pada kadar 1:7000-10000.
Isipadu air hendaklah dikira terlebih dahulu.
Sebelum dituang ke dalam kolam, EM mestilah dicairkan dengan air kolam tersebut( 1:19) barulah dituang kedalam kolam.Aplikasi bergantung pada sistem ternakan samaada air mengalir ataupun statik