Probiotik EM Effective microorganism
Bioteknologi EM Effective Microorganism atau Bakteria Baik Dalam Sektor Pertanian, Perikanan,Penternakan dan Pengurusan alam sekitar. Baja kompos organik dan bokashi.
Tuesday, December 3, 2013
Thursday, July 4, 2013
SUMBER TAHI AYAM DARI REBAN TERTUTUP
Monday, July 1, 2013
Wednesday, August 10, 2011
Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos
Dengan itu, menukar " mikrobiologikal equilibrium"tanah dengan menggunakan bakteria yang berfaedah menjadi amat penting kepada tanah untuk pembesaran tanaman,meningkatkan hasil tanaman dan kesihatan tanaman dan adalah lebih baik dengan menggunakan EM(efektif mikrob) gabungan banyak bakteria yang secara fisiologi dan analogi bekerjasama dan berfaedah antara satu sama lain.
Kekerapan rawatan bergantung kepada jenis tanah dan untuk mewujudkan persekitaran EM ini, masa adalah berbeza sebelum set tanah baru ini dicapai. Setelah set tanah baru ini tercapai,mikroflora tanah terus berkekalan dan EM tidak perlu diberi kecuali terjadinya banjir atau sehingga tiadanya bahan organik dalam tanah. Pemberian EM kepada tanah adalah lebih baik disusuli dengan pemberian kompos atau bahan organik bagi mengekalkannya.
Perlu diingatkan,pemberian EM adalah berkesan dengan kehadiran bakteria gram+ yang mengeluarkan antibiotik dan banyak fungsinya termasuk fakultatif anaerobs, obligat aerobs. asidopilik dan alkalopilik bakteria yang banyak didapati dari fermentasi dedak/sisa padi,ikan dan sebagainya. Jadi, pemberian baja kompos dan rawatan sebelum tanaman bermula adalah terbaik dan kebarangkalian set tanah baru ini tercapai adalah lebih tinggi.
Sunday, August 7, 2011
Probac+ baja kompos(bokashi) diperkaya dengan Efektif Mikrob(EM)
- Mengawal kelembapan dan kadar penyerapan nutrient.
- Memperbaiki ekologi dan struktur tanah.
- Meningkatkan pengudaraan dalam tanah.
- Merencatkan pertumbuhan bakteria jahat/penyakit/serangga.
- Merawat bau.
- Menggalakkan pengakaran, pertumbuhan dan pembungaan.
- Menyahtoksik sisa racun rumpai dan racun serangga dalam tanah
- Mesra alam tanpa kesan sampingan
- N1.7, P3.3, K3.4, Mg2.14 dan Boron 0.02
- Bakteria asid laktik,fototropik dan yis.
Bagaimana probac+ bekerja utk anda??Konsep EM dan kepentingan kompos, sila klik disini
Harga: 1 kg pack RM4.50
1 tan RM550.00
Thursday, September 17, 2009
Probac+ -Eksperimen tapak semaian pokok jarak
PROBAC+
Aplikasi pada pokok Jarak 1- 14 hari.
Dari kiri:
Baris 1- Baja NPK Kimia 1
Baris 2- Baja NPK Kimia 2
Baris 3- Baja Probac+
Baris 4- Baja Organik
Semua parameter yang dikaji menunjukkan perbezaan yang bererti. Jimat masa, jimat wang anda.
Probac+ details
Tuesday, January 27, 2009
APLIKASI TEKNOLOGI EM DALAM TERNAKAN UNGGAS
Langkah pertama bagi menghasilkan persekitaran yang sihat untuk ternakan adalah dengan menurunkan atau menghapuskan gas ammonia. Mikrob bermanafaat secara semulajadi bertindak secara langsung dalam menguraikan ammonia. Persekitaran rumah ternakan yang menggunakan Probac didapati berjaya mengurangkan paras ammonia terendah mencapai 0ppm dan bagi keadaan biasa adalah pada paras 5ppm. Ammonia adalah bahan oksidatif yang merangsang pertumbuhan mikrob pathogen. Antioksidan yang dihasilkan Probac bertindak ke atas najis ternakan berupaya memberhentikan proses pembusukan seterusnya menghalang penghasilan gas berbahaya, mengurangkan lalat dan serangga serta menghalang peyebaran penyakit berbahaya.
Penggunaan Probac secara berjadual dengan mudah berjaya mengatasi pelbagai masalah.Ia meningkatkan pengeluaran, mengurangkan kematian, meningkatkan FCR dan seterusnya keuntungan. Penyemburan melalui nozzle(misting spray) secara layang tidak menyebabkan kebasahan dan menghilangkan bau busuk dan mengurangkan lalat secara serta merta.
Aplikasi kali pertama:
1) Bersihkan dan basuh reban.
2) Semburkan ubat antikuman(disinfectant) ke seluruh kawasan.
3) Biarkan reban dalam keadaan berudara minima 3hari dan sebaiknya 1 minggu.
4) Sembur atau basuh reban dengan Probac pada kadar 1:50( 1bah Probac:50 bah air tanpa klorin) setiap 7-10hari.
5) Spray Probac di atas habuk kayu (litter) atau tempat tidur ternakan(samaada lerai atau keras)
6) Penyemburan pada kadar 0.004liter(4ml)/kaki persegi kawasan reban.Jumlah air dibancuh sekadar untuk cukup penggunaan sahaja)
7) Jumlah Probac bergantung kepada saiz reban dan umur ternakan.
Aplikasi mingguan( maintenance)
1) Probac disembur menggunakan misting nozzle pada kadar 1:100-500.Kepekatan boleh ditingkatkan jika perlu.
2) Probac boleh diminum pada kadar 1:500-1000.
3) Probac boleh disembur pada apa-apa juga yang berkaitan dengan ternakan.
4) Bergantung kepada kes atau keadaan Dos Probac boleh ditingkatkan mengikut kesesuaian.
Friday, September 12, 2008
Mudball senjata rahsia!!
Biarpun mudball banyak digunakan dalam rawatan air,namun kini penggunaannya semakin meluas untuk ternakan air(akuakultur) bertujuan menjaga kualiti air dan menyeimbangkan mikroflora air.Dengan aplikasinya yang mudah, mudball amat sesuai dan praktikal sebagai stok yang patut anda ada bagi membantu menguruskan air anda.
Monday, June 9, 2008
EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Penggunaan EM aktif secara berkala akan menjadikan kehadiran mikrob bermanafaat mencukupi dan seterusnya mengawal alga dengan mengurangkan kehadiran nutrien dan sentiada mengawalnya pada paras yang rendah. EM aktif juga berkebolehan meneutralkan air(neutralizesalts)—dimana bertindak sebagai klorinator semulajadi dan menghalang pembentukan lapisan kristal di permukaan air.
Wednesday, May 28, 2008
Konsep EM dan bagaimana EM bekerja untuk anda.
Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.
EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.
Wednesday, March 12, 2008
EM DALAM AKUAKULTUR DAN PURIFIKASI AIR
photosynthetic bacteria (PSBs) di dalam larutan EM adalah bakteria semulajadi yang mempurifikasi (purifying microorganisms). Terdapat lebih daripada 6 klafikasi PSBs dan hanya satu spesifik kumpulan yang bertindak secara effektif dalam proses purifikasi air. Kumpulan bakteria purple non-sulfur photosynthetic bacteria didalam larutan EM adalah kumpulan utama yang digunakan sebagai agen purifikasi air (rawatan air) dan juga dalam akuakultur.
Sebahagian ciri-ciri PSBs:
a) Memecahkan bahan organik (glukosa, acid amino, acid organik, dsb.)
b) Membenarkan propagasi ( propagation) wujud dalam keadaan anaerobik dan juga melalui respirasi dalam keadaan aerobik.
c) Bakteria aktif bertindak menyingkirkan hydrogen sulfide dan nitric acid seterusnya menyingkirkan nitrogen. Kebolehan PSB untuk memecahkan ammonia adalah sangat kuat.
d) Merupakan sumber protein sel tunggal (single-cell protein) yang selamat digunakan, ianya penting dalam kitaran makanan hidupan air (aquatic food chains).
Purifikasi terjadi hanya jika bakteria hidup didalam air. Jadi,penjagaan kehadiran bakteria yang berterusan adalah penting bagi mengekalkan kualiti air yang baik. Ikan akan hidup dengan sihat dlam persekitaran yang sihat dengan bakteria PSB.
Ciri-ciri lain:
a) PSBs adalah bakteria hidup. Semakin banyak jumlah hidup, semakin kuat keefektifannya
b) PSBs tidak beracun/bukan toksik.
c) Biarpun mati, PSBs berguna dan memberi kebaikan kepada ikan sebagai sebahagian diet ikan dan juga membantu dalam melawan penyakit.
d) Bakteria yang mati mengandungi banyak asid amino,vitamin dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Vitamin B12 adalah yang terbanyak dan juga carotenoid.
Penggunaan EM dapat meningkatkan hasil ternakan ikan. Persekitaran EM yang wujud dalam kolam mengurangkan tekanan(stress) yang mana stress adalah faktor yang utama mempengaruhi hasil. Bakteria dalam larutan EM berjaya menyelesaikan banyak perkara.
Antaranya:
Meningkatkan jumlah kebolehlarutan oksigen( dissolved oxygen )DO.
Menstabilkan PH
Mengurangkan bau
Mengurangkan kehilangan nutrien dalam kolam
Mengurangkan kehadiran mendapan dalam kolam( sludge)
Menurunkan BOD
Mengurangkan hydrogen sulfide
Menurunkan COD
Mengurankan paras bahan organik
Mengurangkan paras besi(levels of iron)
Mengurangkan paras manganese
memperbaiki turbiditI
Apabila bakteria fermentasi yang baik dan sempurna di berikan,banyak kebaikan yang terhasil dari penggunaan larutan EM tersebut. Mikroflora dalam air menjadi stabil (balanced) dan harmoni dengan alam semulajadi dan ini seterusnya mewujudkan persekitaran yang mesra alam. Dengan PH yang stabil,air yang jernih,bau yang menyenangkan, dan oksigen yang tinggi(DO), air anda telah sempurna dan sedia digunakan untuk kebaikan anda. KEMBALI KE ALAM SEMULAJADI.
Friday, November 16, 2007
APLIKASI DAN PENYIMPANAN EM
Penyimpanan:
Aplikasi:
-Rujuk label untuk aplikasi tertentu.
-Rawatan setiap hari jika perlu.(Cth: untuk ternakan sebaiknya rawat selama 3 hari berturut-turut sebelum rehat selama 7 hari.)
-Rawatan berselang seli.(cth:hari 1,3,5,7,9 dan seterusnya)
-Rawat secara kerap dan boleh dikurangkan setelah masalah berkurangan/hilang.
-Rawatan dari peringkat permulaan hingga tuaian.
Tujuan rawatan adalah untuk mewujudkan persekitaran EM( EM environment).
Friday, October 5, 2007
Probac-Em multipurpose solution for healthier life
Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.
Fungsi dan kebaikan Bakteria
- Mengikat nitrogen di atmosfera.
- Penguraian/pereputan bahan organik dan bahan buangan
- Menghalang patogen-patogen jahat yang ada dalam tumbesaran
- Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrient dalam tanaman
- Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga
- Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain
- Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman
- Complexation of heavy metals to limit plant uptake
- Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien
- Pengeluaran polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
Contoh: Kebaikan EM dalam bidang pertanian
- Menggalakkan pertumbuhan, pembungaan,buah,dan kemasakan dalam tanaman
- Memperbaiki secara fizikal,kimia dan biologikal persekitaran tanah dan menghalang patogen-patogen tanah dan serangga.
- Memperbaiki aktiviti fotosintesis pada tanaman
- Memastikan pertumbuhan pucuk dan tanaman
- Meningkatkan kecekapan bahan organik sebagai baja
- Membina ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak
EM bukan hanya untuk pertanian malahan lebih luas dari itu dan contoh diatas sekadar menyebutkan kebaikan EM dalam bidang pertanian.
| EM CARTA APLIKASI | |
JENIS | KEKERAPAN | KADAR |
Rawatan biji benih | Rendam sehari sebelum tanam | 1:10000 |
Rawatan bau | 2x seminggu | 1:50 |
Rawatan tanah | 4@8 rawatan setahun | 5 gelen per ekar atau 465ml / 1000 kps 3 |
Semburan tanaman musim/tahunan (foliar spray) | Setiap 2@6 minggu | 1:500-750 |
Semburan tanaman pokok | Setiap 2@6 minggu | 1: 100 – 1: 250 |
Tanaman penutup bumi/turf | Sebelum tanaman | 3 gelen se ekar atau 1:100 |
Rumah kaca/tanaman pasu(potting) | Tiap penyediaan | 60ml/20kg tanah atau 1:250 |
Kompos | Semasa penyediaan | 1.5 gelen/30kps3 |
Pad penyejukan(closed system) | Semasa penggunaan | 1:1000 |
Semburan kandang/reban ternakan | setiap 7@10hari | 1:50-100 |
Minuman ternakan ayam | setiap 7@10hari | 1:200 |
Hidupan air/ikan (kolam) | Mingguan/Sepusingan | 1:7000 -10000 |
Tanaman cendawan | Bancuhan media | 1:500 |
Minuman ternakan kambing/lembu | setiap 7@10hari | 1:200 |
Tanaman Cendawan | Semasa penyediaan | 1:500 |
Friday, June 29, 2007
Effective Microorganisms
Terdapat banyak kursus-kursus dan teknologi baru diperkenalkan dan ini boleh membantu memberi maklumat kepada usahawan tani yang baru. Mengikut pengalaman penulis ramai orang beralih kepada sektor ini disebabkan potensi besar yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan boleh dijadikan satu kerjaya. Kepada yang ingin melibatkan diri dalam industri perlu memahami aspek-aspek teknikal dalam setiap bidang yang diceburi. Setakat menghadiri khusus dan seminar belum tentu dapat menjalankan projek-projek dengan sempurna. Oleh itu jaringan perniaagaan di kalangan usahawan ternakan amat digalakkan.
Ramai dikalangan usahawan tani masih lagi lemah dalam aspek teknikal seperti pengurusan projek, ubatan-ubatan dan penyelenggaraan. Oleh itu, blog ini bertujuan untuk memberi sebanyak info yang mengikut pengalaman penulis. Mengikut maklumat terbaru yang diperolehi negara kita akan melaksanakan satu sistem pertanian yang mesara alam dengan menggunakan produk semulajadi iaitu Effective Microorganism atau EM. Produk ini sudah lama digunakan di dunia tetapi negara kita masih lagi baru. Ianya juga dipanggil sebagai probiotik atau ‘bakteria baik’ yang amat sesuai digunakan berbanding antibiotik yang biasa digunakan. Apabila kita menggunakan produk ini tidak perlu risau tentang antibiotik lain, maknanya usahawan baru pun boleh belajar menggunakan EM ini dengan mudah.
Bagi yang baru tentang EM....disini saya ingin berkongsi info tentang produk ini....
Apakah EM?
Biasa minum yogurt, vitagen, yakult, ABC kultur.....ini suma adalah ‘bakteria baik’ terdapat dapat minuman tersebut. Kita sudah tahu minuman ini bagus untuk sistem pencernaan kita dengan mengawal pertumbuhan ‘bakteria jahat’ dalam sistem pencernaan. Kaedah ini digunakan pula pada sektor pertanian, perikanan dan penternakan bagi menghasilkan produk yang bermutu dan tiada kesan sampingan. Penggunaan racun serangga, baja kimia, disinfektan dan antibiotik boleh tinggalkan kesan yang negetif pada pengguna seperti kanser dan pelbagai kompilasi lain. Untuk makluman anda EM ini digunakan pada semua sistem pengurusan projek and sebagai contoh Peternak Kambing, EM ini boleh digunakan dari awal seperti disembur pada kandang, lantai, bumbung, tiang, dan kawasan sekeling. Diberi minum, sembur pada kambing dan juga tahi @tinja kambing. Dengan hanya guna satu produk sahaja untuk semua pengurusan.....Amat Menguntungkan!!!
Apakah kandungan dalam EM atau Probiotik?
Probiotik @ EM adalah suplemen diet yang mengandung bakteria yang berguna dengan asid laktik bakteria (lactic acid bacteria – LAB) sebagai mikrob yang paling umum dipakai. LAB telah dipakai dalam industri makanan bertahun-tahun kerana mereka mampu untuk mengubah gula (termasuk laktosa) dan karbohidrat lain menjadi asid laktik.
Probiotik @ EM bermaksud bakteria baik atau ‘bakteria baik’. Apabila didefinisikan secara lengkap, probiotik @ EM adalah kultur tunggal atau campuran dari mikroorganisme hidup yang apabila diberikan ke manusia atau ternakan akan berpengaruh baik kerana probiotik @ EM akan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada di usus manusia/ternakan.
Bifidobacterium bifidum
Bifidobacterium breve
Bifidobacterium infantis
Lactobacillus casei
Lactobacillus plantarum; L. Casei; Streptococcus Lactis
Saccharomyces cerevisiae
Saccharomyces Cerevisiae;
Candida Utilis (usually known as Toula, Pichia Jadinii).
Yis mengeluarkan hormon dan enzim sebagai bahan bioaktif.
3. PHOTOTROPHIC BAKTERIA
Rhodopseudomonas Palustris; Rhodobacter Sphaeroides
Baktena Fototropic yang wujud dalam EM dapat berperanan menguraikan gas yang berbahaya
seperti ammonia dan hidrogen sulfat, lalu menukarkannya kepada gas-gas yang tidak berbahaya lagi tidak berbau.
4.Actinomycetes:
Streptomyces Albus;
S. Griseus
5.Fermenting fungi:
Aspergillus oryzae;
Mucor Hiemalis
Bertindak sebagai agen penapaian dan menjaga jangkahayat proses campuran bakteria-bakteria lain
Menjimatkan kos ubatan dengan mengurangkan penggunaan antibiotik
Produk yang dihasilkan bebas daripada kesan-kesan sampingan
Produk yang mesra alam
Tingkatkan tumbesaran ternakan dan tanaman
Mudah digunakan
Menghilangkan bau ammonia
Megurangkan pembiakan lalat
Mengurangkan Kadar Tukaran Makanan (FCR)
Penghasilan baja organik atau kompos
TERNAKAN UNGGAS (ITIK, PUYUH, AYAM DAGING, AYAM TELUR)
Semburan( reban, habuk kayu, najis), makanan, minuman dan mandi. Semburan dan minuman pada ternakan unggas dapat mengekalkan persekitaran yang selamat kepada ternakan dari serangan penyakit berbahaya.
Gas berbahaya ini menyumbang kpd pertumbuhan bakteria berbahaya spt e.coli,salmonella etc..dan juga masalah-masalah lain seperti bau busuk, lalat, Batuk(CRD), ceret beret(coccidiosis) yang akhirnya memberi kesan buruk kepada ternakan dan alam sekitar.
Penggunaan Probak EM ini secara berkala mampu menangani masalah ini.Persekitaran yang sihat akan mengurangkan tekanan/stress ternakan dan akhirnya akan meningkatkan hasil/mutu ternakan secara tidak langsung.
Cadangan penggunaan:
-Campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10hari.
-Campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10hari.
Lebih effektif pada ternakan lembu bagi menambah ‘bakteria baik’ dalam usus untuk mempercepatkan proses pencernaan dan menambah selera makan ternakan. Kehadiran bakteria ini akan mempercekapkan kadar pertukaran makanan (FCR) dan ini akan menjimatkan makanan dan memendekkan masa ternakan.
Semburan pada najis lembu juga boleh menghasilkan baja organik yang berkualiti.
Cadangan penggunaan:
-Campurkan EM pada nisbah 1:50-100(air tidak berklorin) dan sembur pada kandang setiap 7-10hari.
-Campurkan EM pada nisbah 1:200-500(air tidak berklorin) dan beri minum ternakan setiap 10hari.
Sembur tempat/peralatan atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan ternakan
Kualiti air kolam atau akuarium dapat ditingkatkan dari serangan penyakit yang boleh mengancam ternakan akuatik dan meningkatkan tumbesaran ternakan.
Sila klik di sini.....
Cadangan penggunaan:
Isipadu air hendaklah dikira terlebih dahulu.
Sebelum dituang ke dalam kolam, EM mestilah dicairkan dengan air kolam tersebut( 1:19) barulah dituang kedalam kolam.Aplikasi bergantung pada sistem ternakan samaada air mengalir ataupun statik
Bagi sesebuah tanaman.keadaan ini dapat meningkatkan pengaktifan sel dan akar atau dengan kata lain menggalakkan tumbesaran tanaman. Selain daripada galakan tumbesaran tanaman, EM turut menggalakkan penghasilan dan keranuman Buah-buahan misalnya semakin cepat ranumdan semakin banyak. Keadaan ini dapat dicapai akibat kapasiti Fotosintesis yang ditingkatkan oleh penggunaan EM disamping peningkatan ketahanan daripada patogen, serangga dan penyakit.
Penggunaan Bio Teknologi EM dalam Cendawan telah diakui berkesan oleh Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kebanggsaan (LPP) majalah peladang bil 12/2006 edisi DEC. Boleh mengurangkan kerosakan pada bongkah (PP) cendawan setelah melalui proses pemeraman. ‘Bacteria baik’ atau EM ini juga dapat meningkatkan tumbesaran cendawan dan menambah pusingan pengeluran 6-7 kali. Bongkah Cendawan yang sudah lama dan tidak lagi hasilkan cendawan boleh ditukar kepada baja kompos yang berkualiti tinggi.
Kebaikan: Tingkatkan hasil 10% ke 15%, Kerosakan berkurangan 20%, Rasa lebih kenyal dan sedap, Tiada serangga, Cendawan tahan 6 ke 7 hari
-Em disembur kepada seluruh bahagian semasa pembersihan tempat penanaman pada cairan 1:500.
-Semasa penyediaan bongkah, campurkan EM pada air dengan nisbah 1:500. ½ sudu teh + 1 liter air atau 1 sudu besar + 16 liter air (satu baldi)
-Sembur EM di sekeliling bangsal sehingga jarak 50 meter untuk mengelakakan serangan serangga. Ia boleh menghalang kemasukan serangga perosak.
-Selepas tuaian, sembur EM pada nisbah 1:100 pada bangsal