Showing posts with label efektif mikrob. Show all posts
Showing posts with label efektif mikrob. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Konsep Efektif mikroorganisma(EM) dalam pertanian dan kepentingan Kompos

Mikroorganisma mengawal dan menentukan sesuatu tanah itu samaada ke arah kebaikan(regeneration) ataupun keburukan(degeneration) yang boleh mengakibatkan ketidaksuburan, penyakit, pencemaran ataupun hakisan.Tanah regenerasi atau yang mengandungi banyak bakteria berfaedah menyumbang kepada perkembangan tumbuhan, kesihatan, hasil yang tinggi serta bebas penyakit dan serangga.Tanah tetap menjadi sihat tanpa perlunya tambahan bahan kimia pertanian. Sebaliknya berlaku apabila tanah di dominasi oleh bakteria patogen ataupun degenerasi. Dalam kes ini, keseimbangan mikroflora tanah tidak stabil dan bakteria yang menyebabkan penyakit mengambil alih ekosistem tanah.Tanah yang menggunakan bahan kimia pertanian seperti baja kimia ataupun racun kimia adalah tergolong dalam jenis ini (degenerasi) dimana kesuburan tanah menjadi buruk dan tanaman menjadi lemah serta mudah terdedah kepada penyakit yang disebabkan bakteria patogen.Dengan menambah bakteria berfaedah(EM), serta kehadiran bakteria berfaedah yang sedia ada dalam tanah, keseimbangan tanah dapat ditukar ke arah yang positif dan baik untuk perkembangan dan kesihatan tanaman.
Mengawal mikroflora dalam tanah dengan menukar dominasi kepada mikroorganisma berfaedah dapat memperbaiki dan mengekalkan sifat fizikal dan kimia tanah. Rawatan secara berkala dengan menambah bahan organik secara berjadual adalah penting bagi mencapai tahap yang optimum.
Banyak kajian dijalankan dengan menambah kultur iaitu satu jenis bakteria yang memang bagus dalam tanah atau biarpun mengambil mikrob dari tanah asal, di kulturkan di makmal dan diaplikasikan kembali ke dalam tanah dengan populasi yang tinggi namun masih gagal mengubah mikroflora tanah kepada yang dikehendaki. Ini disebabkan persaingan dan antaginis efek dari pelbagai mikrob dalam tanah yang menyebabkan jumlahnya berkurangan dan mati.
Dengan itu, menukar " mikrobiologikal equilibrium"tanah dengan menggunakan bakteria yang berfaedah menjadi amat penting kepada tanah untuk pembesaran tanaman,meningkatkan hasil tanaman dan kesihatan tanaman dan adalah lebih baik dengan menggunakan EM(efektif mikrob) gabungan banyak bakteria yang secara fisiologi dan analogi bekerjasama dan berfaedah antara satu sama lain.
Kekerapan rawatan bergantung kepada jenis tanah dan untuk mewujudkan persekitaran EM ini, masa adalah berbeza sebelum set tanah baru ini dicapai. Setelah set tanah baru ini tercapai,mikroflora tanah terus berkekalan dan EM tidak perlu diberi kecuali terjadinya banjir atau sehingga tiadanya bahan organik dalam tanah. Pemberian EM kepada tanah adalah lebih baik disusuli dengan pemberian kompos atau bahan organik bagi mengekalkannya.
Perlu diingatkan,pemberian EM adalah berkesan dengan kehadiran bakteria gram+ yang mengeluarkan antibiotik dan banyak fungsinya termasuk fakultatif anaerobs, obligat aerobs. asidopilik dan alkalopilik bakteria yang banyak didapati dari fermentasi dedak/sisa padi,ikan dan sebagainya. Jadi, pemberian baja kompos dan rawatan sebelum tanaman bermula adalah terbaik dan kebarangkalian set tanah baru ini tercapai adalah lebih tinggi.
Perhatikan tanah anda...fikirkan..apa yang ada di bawah sana???

Wednesday, May 28, 2008

Konsep EM dan bagaimana EM bekerja untuk anda.

Konsep EM iaitu kumpulan kultur bakteria yang berfaedah, digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi mengoptimumkan hasil,menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/tak berfaedah, meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran.
Bakteria aerobik(oksigen),heterotropik(oksigen/tanpa oksigen) dan anaerobik(tanpa oksigen) cenderung bertindakbalas dgn persekitaran dan menghasilkan bahan2 yang tertentu melalui proses PENGURAIAN dan SINTESIS.Bakteria Penguraian terbahagi kpd 2 iaitu Penapaian(fermentation/oxidative) atau Pembusukan (putrefaction). Penapaian yang baik oleh bakteria aerobik/heterotropik/anaerobik akan menghasilkanmolekul ringkas seterusnya menghasilkan haba,tenaga,asid amino,air,oksigen,karbondioksida yang semuanya berpengaruh baik. Berbanding kepada proses pembusukan(putrefaction) oleh bakteria heterotropik/anaerobik yang menghasilkan sisa toksik kepada persekitaran seperti gas ammonia ataupun Hidrogen Sulfida yang busuk. Bakteria Sintesis mengikat Nitrogen/oksigen dari udara dan menukarkannya kepada asid amino, oksigen, protein dan karbohidrat. Bakteria sintesis berkebolehan mengikat karbondioksida menjadi molekul organik. Bakteria sintesis juga berkebolehan memecahkan ammonia dan menukarnya kepada gas tak berbahaya.
EM terdiri dari aerobik, heterotropik dan anaerobik bakteria yang berpengaruh baik.Apabila di dalam media, EM akan mengeluarkan hasil2 tindakbalas dan akan menghalang pembentukan tindakbalas kimia daripada bakteria tak berfaedah.Kebanyakan bakteria yang mendatangkan masalah adalah jenis heterotropik dan anaerobik. Setelah mikroflora bertukar, banyak molekul organik, tenaga, karbohidrat, oksigen, karbondioksida dsb terbentuk seterusnya meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien dan memelihara persekitaran. Mikrobiologi persekitaran akan meningkat dan secara tak langsung membantu ke arah persekitaran yang sihat.